Wednesday, June 9, 2010

PELBAGAI JENIS KUIH TALAM

PELBAGAI  JENIS KUIH TALAM YANG DAH READY TO PICK UP BY CUSTOMER

Tuesday, June 8, 2010

PULUT KUNING

PULUT KUNING UNTUK HANTARAN..ORDER MESTI  A WEEK BEFORE

RAMADHAN DATANG LAGI

WAH...nampaknya bulan utnuk kita melipat gandakan ibadat,,bakal menjelang,,pada bulan ni ramai jgk yang merebut peluang berniaga,,sindrom perniagaan bermusim,,tetapi Alhamdulillah ramai hamba Allah jgk dapat mencari rezeki yang berkat di bulan ni dgn berniaga makanan,,Tetapi muncul pulak gejala makanan yang rasanya  Ya Allah,,,Pengalaman saya sendiri,,pada bulan ramadhan 2003,blk kerja awal kerana masalah kesihatan,,waktu tu baru pukul 2,30 ptg,,kerana x sihat,sy beli kuih untuk berbuka puasa krn malas nk keluar time org beresak2,,,pada time tgh menghidang untuk bukak puasa,,kira2 15 min lagi org nk azan,,bila bkk kuih 2,,kuih lapis dan kuih koci..Ya Allah,kuih 2 dh basi..msti kuih yg x laku dia jual blk..Jadi pesanan sy,,tolongla,,jujur pada pelanggan,,jk nk berniaga makan,,pastikan makanan bersih,,sedap,,bila berniaga x laku.,kita marah2,kecewa,sdgkan kita masak langsung x blh diterima tekak,,,,pelanggan byk pilihan,,jgn sampai rezeki x dpt,,ramai pulak yg sumpah seranah kita sbb rs tertipu  dpt makanan yg teruk....



Biasa pada bulan ramadhan tahun2 lps aku bkk tapak niaga kt Stadium Sultan Mohammad,,tapak bazaar Ramadhan Fama,,,pendapatan mmg marvelous ler,,penat pn sama,,tapi seronok,,x rs masa berjalan,tgk2 dh time bukak puasa..mmg seronok,,dpt plak pot pet pot pet dgn customer.Tapi tahun ni x tahu ler,rs macam penat je,,Mcm mana ye?

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan

BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik. 
Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

KUIH MUIH TRADISIONAL NEGERI KELANTAN


Masyarakat Kelantan dikatakan menggunakan beras pulut paling banyak dalam kehidupan seharian mereka apabila bijirin ini menjadi budaya pemakanan dan adat resam selain kegiatan ekonomi. Dianggarkan lebih 20 jenis makanan tradisional Kelantan yang popular menggunakan beras pulut seperti pulut manis, pulut sekaya, tapai, pulut kuning, pulut pisang, pulut inti, pulut dakap, pulut panggang dan pulut durian.