Saturday, December 18, 2010

Pasta lover

Sejak bersalin anak ke3(dh dkt 4 1/2 thn dh),byk resepi berasaskan western food dn roti yg aku cuba,yela yg no 3 ni pelik skit,jenis x mkan nasik,,ari tu terjumapa resepi dr blog k.nanie(thx sis),resepi pasta,,cuba la,sedap pulak,anak2 pun suka,almaklumla,byk cheese,,sejak tu asyik cuba resepi pasta dn roti,yg kerempeng,si amir tu pun byk la sikit mkn,legala hati mummy.Cuba try Resepi Pasta Bakar ni,,best...




BAHAN-BAHAN :

250 gm pasta
100 gm sayur campur
3 biji bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 tin sos sphagetti prego
1 tin cendawan butang - dihiris halus
1 peket ayam kisar
5 biji telur
1/2 cawan susu
2 cawan keju monzarella
1 cawan keju cheddar
Sedikit mentega
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


CARA MEMBUAT :

1 )Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau lagi sehingga daging ayam mnejadi masak. Kemudian masukkan sos spehgetti , cendawan dan sayur campur serta terus mengacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur , susu dan garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.

3) Sapukan mentega pada pemukaan dalam dulang pembakar. Tuang semua bahan tadi ke dalam dulang pembakar. Taburkan semua keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak.

Tuesday, October 5, 2010

KARI TULANG DGN REBUNG



Kari Tulang Berebung


Daging yg bertulang
Bawang merah-mayang
Bawang putih-mayang
Halia-hiris nipis
Serbuk kari-dibancuh dgn sedikit air dijadikan pes
Rebung-dihiris nipis
Santan pekat
Asam keping
Bawang goreng
Garam & gula secukup rasa

1. Rebus daging bertulang hingga daging agak empuk dlm periuk
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak layu dlm kuali
3. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak
4. Tuangkan bhn tumis dlm periuk rebusan daging, santan dan rebung, kacau sebati
5. Masukkan asam keping dan biarkan mendidih seketika
6. Kecilkan api, perasakan dgn garam dan gula dan biarkan kuah merenih
7. Akhir sekali, masukkan bawang goreng, tutup api.

Monday, October 4, 2010

CUCUR UDANG SEDAP

Peberet my hubby,,resepi dari blog perniagaan katering & restoran,,sedap..cubalah...guna udang yg besaq2 tu,,waalaaaa.



BAHAN-BAHAN:
1 Kg  tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)*
250gm udang sederhana besar
Segengam daun kucai dipotong 1″.
500gm taugeh basuh bersih.
250gm Udang Kapas (udang kecil basah)dibersihkan sahaja.(kisar sehingga halus dengan sedikit air)
1 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris halus.
1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
1/2 sudu pewarna kuning  cair atau 1 sudu kecil kunyit.
1 kg Minyak masak.
CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik).
2.Masukan Yis kering kedalam Tepung kacau rata.
3.Masukan garam,daun kucai,taugeh,perwarna kuning ke dalam tepung.
4.Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat dan pekat.Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit.
5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.Medium memadai.Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.
6.Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat.Masukkan udang besar yang dibersihkan supaya belumur dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.
7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.
8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.

RESEPI SERI KAYA KAREMEL

Seri Kaya atau digelar “kaya”  ada dua jenis. Satu berwarna kuning kemasan dan satu lagi Kramel atau bewarna perang. Kaya keemasan ini selalunya hanya menggunakan telur, gula dan santan. Seri Kaya kramel gunakan tambahan tepung jagung untuk pekatkan kaya dan gula hangus atau kramel memberi warna dan rasa yang amat sedap. Pengusaha makanan terutamanya kantin atau restoren boleh buat seri kaya ini dari dapur mereka bila ada kelapangan. Ia amat menguntungkan. Resepi dibawah ini khas untuk suri rumah tangga (700gm) yang boleh jimatkan perbelanjaan Dapur. Anak-anak pasti suka seri kaya ini dengan roti potong.
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:
1  cawan gula jadikan gula hangus (kramel) dgn campurkan 1/2 cawan air kedalam kuali dan panaskan gula.  Apabila kramel mula terbentuk, masukkan 1/2 cawan lagi air untuk menjadikan kramel cair. ( Jumlah keseluruhan 1 cawan air. Tentukan kramel anda tidak menjadi keras ia perlu seperti kepekatan madu. Madu tiruan dibuat seperti ini. Cuma madu tiruan dicampurkan perahan limau nipis). Biarkan sejuk kramel ini sebelum gunakan.
1 cawan gula dan 3 biji telur dipukul sehingga sebati.
1 cawan santan pekat dan masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan dibancuh.
Panaskan kuali masukkan gula kramel, sebatian gula dan telur yang telah dipukul dan masukkan santan pekat dan tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau sebatian ini sehingga pekat. Sederhanakan api dapur dan masak sehingga 20 minit.
Seri Kaya anda telah siap. Isikan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selamat Mencuba…

Friday, September 3, 2010

Ep14 Nasi Beriyani Gam

ROTI JALA

ni resepi yg ramai org dh tahu buat  tp syok ni kalo makan pagi2 raye sblm solat sunat hari raya
ROTI JALA

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.