Seri Kaya atau digelar “kaya” ada dua jenis. Satu berwarna kuning kemasan dan satu lagi Kramel atau bewarna perang. Kaya keemasan ini selalunya hanya menggunakan telur, gula dan santan. Seri Kaya kramel gunakan tambahan tepung jagung untuk pekatkan kaya dan gula hangus atau kramel memberi warna dan rasa yang amat sedap. Pengusaha makanan terutamanya kantin atau restoren boleh buat seri kaya ini dari dapur mereka bila ada kelapangan. Ia amat menguntungkan. Resepi dibawah ini khas untuk suri rumah tangga (700gm) yang boleh jimatkan perbelanjaan Dapur. Anak-anak pasti suka seri kaya ini dengan roti potong.
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:
1 cawan gula jadikan gula hangus (kramel) dgn campurkan 1/2 cawan air kedalam kuali dan panaskan gula. Apabila kramel mula terbentuk, masukkan 1/2 cawan lagi air untuk menjadikan kramel cair. ( Jumlah keseluruhan 1 cawan air. Tentukan kramel anda tidak menjadi keras ia perlu seperti kepekatan madu. Madu tiruan dibuat seperti ini. Cuma madu tiruan dicampurkan perahan limau nipis). Biarkan sejuk kramel ini sebelum gunakan.
1 cawan gula dan 3 biji telur dipukul sehingga sebati.
1 cawan santan pekat dan masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan dibancuh.
Panaskan kuali masukkan gula kramel, sebatian gula dan telur yang telah dipukul dan masukkan santan pekat dan tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau sebatian ini sehingga pekat. Sederhanakan api dapur dan masak sehingga 20 minit.
Seri Kaya anda telah siap. Isikan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selamat Mencuba…
No comments:
Post a Comment